Kementerian Kewangan dan Ekonomi bertahlil di Kubah Makam Diraja




Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi  / Foto : Mohamad Azmi Haji Awang Damit






BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Februari. - Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) serta jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Bertahlil sempena bulan Ramadan bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.


Majlis berkenaan adalah khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.


Hadir menyertai bersama rombongan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.


Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian serta pegawai dan kakitangan lelaki yang beragama Islam MOFE serta jabatan-jabatan di bawahnya.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin, diikuti dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi, Awang Faisal bin Janip / Rosli.


Majlis seumpama ini adalah merupakan aktiviti keagamaan tahunan MOFE di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian ini serta jabatan-jabatan di dalamnya. Adapun majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Bahagian Pelaburan, MOFE.


Close